Wan Maimunah Cari Peragut Yang Meragut Rantai Emasnya 20 Tahun Lalu


Ohmedia yakin korang mesti ingat dengan iklan peragut yang meragut pelakon Wan Maimunah kan? Mana tidaknya, sampai sekarang gambar peragut tu masih dikongsikan dan ada juga yang masih menuntut agar peragut itu ditangkap pihak polis. Haha!



Tapi bukan korang je yang sedang mencari peragut ni, kak Wan Maimunah juga meluahkan hasratnya untuk berjumpa dengan individu terbabit yang merupakan iklan sejak 20 tahun yang lalu.

Walaupun sudah hampir 20 tahun, ibu sendiri tak sangka yang orang masih suka dan ingat setiap babak dimuatkan dalam iklan itu. Kalau ada peluang, saya teringin sangat nak berjumpa dengan individu yang jadi 'peragut' itu. Mana tahu, kalau dia membaca berita ini, sila hubungi saya. - Katanya kepada pihak Harian Metro.

Untuk pengetahuan korang, lelaki yang berlakon sebagai peragut itu bukanlah seorang pelakon dan ia merupakan lakonan kali pertama. Jadi kak Wan sendiri telah mengajarnya untuk menampakkan adegan itu realistik.


Kak Wan juga berkongsi yang di menolak tilam yang diletakkan pihak produksi untuk adegan terjatuh kerana ingin menampakkan ia real.

Apa agaknya perkembangan kak Wan Maimunah sekarang ya? Kak Wan kini tampil kembali untuk membintangi filem TV (FTV) bertajuk Frontliner bersama barisan pelakon lain seperti Azhan Rani, Beto Kusyairy dan ramai lagi.

Mesti filem ini akan menambat hati penonton kerana kak Wan seorang pelakon yang hebat dalam babak air mata.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ingin cari peragut Wan Maimunah di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media