Abang Sanggup Lawan Arus & Rempuh Selepas Terserempak Dengan Kereta Milik Adik Yang Dicuri


Sebuah kereta Perodua Myvi telah dicuri pada Ogos lalu di Jalan Sikamat, Negeri Sembilan. Baru-baru ini, abang kepada pemilik kereta itu sanggup melawan arus dan merempuh kereta tersebut selepas ternampak kereta milik adiknya itu dekat atas jalanraya. Kejadian berlaku di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Ahad lepas.

Sebelum merempuh, abang mangsa dikatakan telah melaporkan kejadian ini kepada pihak polis dan disambungkan ke Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Menurut Berita Harian, hasil siasatan telah dijalankan dan ternyata kereta yang dibawa lari itu memang betul adalah kereta mangsa yang dilaporkan hilang sebulan yang lalu.

Suspek tersebut akan dihantarkan ke pihak polis di IPD Seremban untuk tindakan lanjut kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca abang kejar kereta adik yang telah dicuri di Facebook Oh! Media.j
Sumber: Oh! Media