Adakah Mualaf Yang Baru Masuk Islam Perlu Tukar Namanya?



SOALAN 


Ohmedia pasti ada antara kita mempunyai sahabat yang telah masuk Islam. Jadi, adakah saudara baru Islam kita ini wajib untuk menukar namanya?

JAWAPAN 


Tidak dimestikan muallaf yang masuk ke dalam agama Islam menukar akan namanya yang lama dengan nama yang baru.
Tetapi jika dengan menggunakan namanya yang lama sebelum memeluk agama Islam dia akan dikenali sebagai orang yang bukan Islam maka hendaklah dia menukar namanya dengan nama yang menjadikannya dikenali sebagai seorang Islam.

Begitu juga hendaklah ditukar namanya yang lama jika membawa maksud yang keji atau syirik.

Berkata Mufti Mesir Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq :

لا يشترط للدخول في الإسلام تغيير الاسم، لكن لَمَّا كان العرف قد جرى بأن ديانة الشخص يُستدل عليها ظاهرًا من اسمه، واستقر العرف أيضًا على أن للمسلمين أسماء تجري بينهم، وأن لكل ديانة أخرى أسماء يتعارفونها، فالأَوْلَى للداخل في الإسلام أن يتَّخِذَ له اسمًا من أسماء المسلمين : فضيلة الشيخ جاد الحق علي جاد الحق دار الإفتاء المصرية


Artinya : “Tidak disyaratkan bagi masuk ke dalam agama Islam itu menukar nama akan tetapi tatkala adalah pada kebiasaan bahawasanya agama seseorang itu ditunjukkan atas agama dari yang zahir daripada namanya. Dan telah tetap juga atas bahawa bagi sekelian muslimin itu nama-nama yang berlaku diantara mereka. Dan bahawa bagi setiap agama yang lain beberapa nama yang saling mengenali akan nama-nama tersebut. Maka yang lebih utama bagi seorang yang masuk ke dalam agama Islam itu ia gunakan satu nama dara nama-nama orang Islam.” (Majlis Fatwa Mesir)


Kesimpulannya tidak menjadi kewajipan bagi orang yang masuk ke dalam agama Islam menukar namanya dengan nama yang baru akan tetapi sebaiknya dia menukar namanya dengan nama orang Islam agar mudah dikenali kerana dengan nama itu biasanya lebih mudah dikenali akan agama seseorang.

Wallahua’lam

Kredit : Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca adakah mualaf yang baru masuk Islam perlu tukar namanya?
Sumber: Oh! Media