Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dia sudah melakukan ujian saringan Covid-19 selepas pulang dari berkempen untuk Pilihan Raya Negeri Sabah semalam.
Menurut Ismail, dia akan menjalani kuarantin sehinggalah keputusan saringan diterima. Sekiranya keputusan tersebut negatif, beliau akan memotong gelang kuarantin dan menjalani kehidupan seperti orang biasa.
Saya sudah menjalani swab test (Covid-19) setibanya dari Sabah. Perlu kuarantin di rumah sehingga dapat keputusan. Dengan izin Allah selepas terima keputusan negatif nanti perlu ke klinik kesihatan untuk potong gelang kuarantin.
Dia berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini dengan memuatnaik fotonya yang memakai gelang berwarna putih.
Menerusi entri tersebut, dia juga menjelaskan mengenai dirinya yang tidak menjalani kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari Sabah.
Ramai yang tanya kenapa tidak 14 hari (kuarantin)? Rentas negeri kita benarkan. Sabah sama lah dengan negeri lain. Sebagai contoh Kedah yang terdapat kes mendadak tetapi kita tidak kuarantin pun mereka yang datang dari Kedah.
Namun kita buat ujiab swab untuk mereka yang balik dari Sabah kerana peningkatan kes. Ujian swab untuk kepastian status. Jika negatif terus lah dibebaskan dari kuarantin. After all seluruh sabah tidak red zone kecuali 4 daerah.
Walaupun dah bebas kerana negatif namun mesti teruskan kawalan kendiri serta patuhi setiap SOP. Sekiranya ada gejala segeralah ke klinik atau hospital untuk membuat swab test. Namun jika ada close contact dengan yang positif Covid-19 dan walaupun keputusan negatif. Kuarantin wajib selama 14 hari akan dikenakan.
Apa pendapat korang? Ohmedia risau betul bila tengok kes jangkitan Covid-19 semakin naik mendadak. Ingat! Sila patuhi SOP dan memakai pelitup muka bila berada di luar. Apa yang paling penting, kerapkan basuh tangan okay.
OHMEDIA: KITA BELUM MENANG.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media