Dakwa Jawab Peperiksaan Atas Pokok Adalah Palsu, Veveonah Mosibin Akhirnya Bersuara!


Semalam Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul mendakwa bahawa video yang menunjukkan pelajar menjawab peperiksaan di atas pokok pada bulan Jun lalu adalah palsu.

Walaubagaimanapun, Veveonah Mosibin yang berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah akhirnya bersuara menerusi satu posting di Facebook. Dia meluahkan rasa kecewa terhadap dakwaan tersebut.

Veveonah Mosibin berkata dia berasa sedih kerana telah berusaha untuk mencari line internet semata-mata ingin menjawab peperiksaan secara atas talian ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Saya tak sangka video itu viral, namun kini saya sekali lagi viral tapi dalam impak yang tidak baik. Saya tak tahu nak berdepan dengan komen negatif di media sosial. Menyakitkan.

Saya maafkan apa yang kesalahan orang ramai terhadap saya, tapi saya perlu berlaku adil juga pada diri sendiri. Terima kasih kepada mereka yang masih sokong.

Untuk pengetahuan, video yang dimuatnaik oleh Veveonah Mosibin di laman Youtube telah mencuri tumpuan warganet kerana dia terpaksa memanjat pokok demi mendapatkan line internet yang kukuh untuk menjawab peperiksaan secara atas talian.

OHMEDIA: BERTABAHLAH VEVEONAH!

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media