--> Skip to main content

'Dia terus lompat ke atas motosikal & pecut' - Lelaki bantu OKT wanita lari dari tahanan polis


Seorang wanita yang berstatus Orang Kena Tahan (OKT) bertindak melarikan diri dari tahanan pihak polis dengan bantuan lelaki yang menunggang motosikal. 

Kejadian itu berlaku pada petang Isnin (14 September 2020) di Mahkamah Raub.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, setelah selesai sebutan kes di mahkamah kira-kira jam 4.30 petang, OKT, Saidatina Aida Sahabudin, 23, bersama 11 lagi OKT yang lain diiringi polis bertugas naik ke lori polis untuk dibawa ke lokap IPD Raub. 

Semasa OKT sedang menaiki lori, secara tiba-tiba datang seorang lelaki, Mohamad Rejab Ali, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC DBQ 8005 berhenti di tepi Saidatina secara mengejut. 

Saidatina yang tangannya masih bergari terus melompat menaiki motosikal itu dan kemudian terus memecut meninggalkan tempat itu. 

Anggota polis cuba mengejar motosikal itu tetapi terlepas dan anggota terbabit terjatuh serta mengalami kecederaan di kedua tapak tangan. 

Polis kini sedang berusaha mengesan dua suspek terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak kedua-dua suspek, tampil menyalurkan maklumat.

BUTIRAN ORANG KENA TAHAN (OKT)

  • Nama: Saidatina Aida Binti Sahabudin
  • No MyKad: 970204-06-5314 
  • Umur : 23 tahun
  • Alamat : Kampung Ulu Lepar Dong, Raub Pahang.
  • Kesalahan: Sek 39(C)(1) ADB 1952

BUTIRAN PENUNGGANG MOTORSIKAL

  • Nama : Mohamad Rejab Bin Ali
  • No MyKad : 981104-10-5239
  • Umur : 22 tahun
  • Alamat : No. 193 Kampung Pulau Kabong Budu, 27300 Benta, Pahang

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS



Sumber : thereporter.my
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...