--> Skip to main content

Individu Baru Pulang Dari Sabah Akan Dikuarantin, Tegas Tan Sri Dr Noor Hisham

Seperti semua tahu, angka penularan jangkitan COVID-19 di negeri Sabah semakin meningkat. Bagi mengekang berlakunya penularan lebih teruk, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham berkata semua individu yang baru pulang dari Sabah akan dikuarantin sehingga 10 Oktober bermula esok.

Individu-individu berkenaan akan menjalani saringan ujian kesihatan serta menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah termasuklah diberi gelang kuarantin. Tambah beliau, ujian ulangan saringan COVID akan dilakukan sekiranya mengalami gejala dalam masa 14 hari.

Jelasnya lagi, kaedah pencegahan dan kawalan penularan wabak keatas individu-individu akan disemak dari semasa ke semasa berdasarkan penilaian risiko yang berlaku.

OHMEDIA: HARAP ‘MEREKA-MEREKA’ YANG BARU PULANG DARI SABAH ESOK PATUH DENGAN PERATURAN YANG DITETAPKAN OLEH KKM. JANGAN TIMBUL PULA KLUSTER KAYANGAN YANG BARU, CAKAP JE...

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca mengenai individu yang baru pulang dari Sabah akan dikuarantin di Facebook Oh! Media








Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 26 September 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...