--> Skip to main content

Jenazah Sandra Dianne Dibawa Pulang Ke Kampung Halamannya Di Sabah


Awal pagi tadi kita dikejutkan dengan pemergian seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Hey Kau' yang juga peserta program Big Stage iaitu Sandra Dianne. Arwah meninggal dunia di Hospital Putrajaya dan jenazah akan dikebumikan dikampung halamannya dekat Kg Kauluan, Tauran.

BACA : Bintang Big Stage Sandra Dianne Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi

Menurut Harian Metro, Veea Norman yang merupakan jurucakap Sony Music meminta doa korang semua supaya urusan pengebumian Arwah Sandra dipermudahkan semuanya dan maafkan andai ada kesilapan yang pernah arwah lakukan.

BACA : Kereta Sandra Brek Mengejut Dan Rempuh 3 Kenderaan Lain Sebelum Terbabit Dalam Kemalangan

Arwah telah mengalami kemalangan jalan raya pada hari Sabtu lepas semasa dalam perjalanan untuk latihan penuh Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bersama sepupunya lebih kurang pukul 2.30 petang. Sama-sama kita doakan Sandra supaya berada dikalangan orang-orang yang beriman, Al-Fatohah (dibaca).

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca jenazah dibawa ke Sabah di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 11 September 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...