Keluarga Pak Abu Diburu Penjahat Lagi? Kampung People 2, Kini Boleh Ditonton Percuma Hanya Di iQIYI!


Setelah menerima sambutan hangat dengan hampir 2 juta purata tontonan untuk musim pertama, drama bersiri Kampung People kembali untuk musim yang kedua! Apa lagi agaknya masalah yang melanda keluarga Razif (Rashidi Ishak) atau nama kampungnya, Pak Abu kali ni?

Untuk Kampung People versi 2.0 pula, kisah kali ini berkisar kepada kehidupan keluarga Razif yang kini kembali kepada rutin kehidupan seperti dahulu. Ini setelah Tuan Shuhaimi (Nam Ron) dipenjarakan dan kumpulan penyangak Cengkih Manis dibubarkan.

Walaubagaimanapun, Razif kembali merindui kehidupan di kampung di atas tekanan dengan kos kehidupan yang tinggi di bandar.

Cengkih Manis kembali mengganas?



Didorong rasa rindu terhadap Jaafar aka Jekfer (lakonan Hun Haqeem), Laila atau nama glamornya Lailerr (lakonan Riena Diana) berjaya meyakinkan bapanya untuk pindah semula ke kampung.

Demi memujuk isterinya Mona (Elly Mazlien), Razif berbohong bahawa mereka masih diancam oleh Cengkih Manis. Jadi, mereka sekeluarga perlu pindah ke kampung dengan kadar segera.

Adibah Noor pun ada!



Menariknya, musim terbaharu ini bakal menampilkan Adibah Noor (Dona) sebagai ibu Mona, Haziq Fadhullah (Karim) dan Kismah Johar (Madamme Mah) yang akan meriuhkan lagi plot drama ini. Dengan adanya watak-watak baharu ini, suasana dalam keluarga Razif akan menjadi lebih gamat!

Episod terbaharu Kampung People 2 boleh ditonton di laman penstriman iQIYI setiap Rabu hingga Jumaat bermula jam 10 malam menerusi aplikasi iQIYI atau www.iQ.com. Nak layan musim pertama pun boleh check out DI SINI.





Sumber: Oh! Media