Kematian Warga Emas Ini Pasti Dicemburui Orang Ramai


Semasa solat Isyak berjemaah di Masjid Bandar Seri Putra, seorang warga emas yang berumur 75 tahun meninggal dunia malam tadi. Menerusi petikan dari Harian Metro, arwah merupakan seorang jemaah yang selalu berkunjung ke masjid itu pada setiap waktu bagi menunaikan solat jemaah.

Arwah yang bernama Abdul Latif Saleeh dikatakan jatuh ketika mendirikan solat Siyak dan cara kematiannya itu pasti akan membuat ramai yang akan cemburu. Ketika solat isyak ditunaikan semua jemaah di sana pada hari tersebut, arwah dikatakan duduk di saf kedua kata pengerusi masjid, Dr Mohd Ravi Abdullah.

Arwah kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang selepas pihak masjid menghubungi ambulans. Jenazah juga sudah selamat dikemubikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Seri Putra pada pukul 10.45 pagi tadi. Salam takziah buat keluarga arwah, Al-Fatihah (dibaca).

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca jemaah meninggal ketika solat di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media