Kucing Kesayangan Mati, Awin Nurin Tidak Tahan Sebak



Baru-baru ini, isteri kepada pelakon dan penyanyi Izzue Islam iaitu Awin Nurin memuatnaik satu posting di akaun Instagramnya menunjukkan kucing kesayangannya yang bernama Piko mati disebabkan jangkitan bakteria dalam darah. 



Menerusi entri tersebut, Awin tidak dapat menahan kesedihan kerana Piko adalah seekor kucing yang sangat manja dan pintar. 

Sedih tak tahu nak cakap camne. Piko ni memang manja sangat, tido nak kena tepok, suka tido ngan kitorang, suka tido kat rambut Awin Nurin. Suka sangat jalan-jalan naik kereta, kalau balik kerja bukak je pintu rumah, muka dia dulu kat depan pintu. 

Kali terakhir kitorang jumpa dia semalam (Sabtu) dalam pukul 2.30 petang. Datang lawat dia kat klinik sebab doktor kata dia dah 50-50. Yang paling kitorang terkejut, doktor kata organ dalaman dia semua cantik.  

Cuma bakteria dalam darah dia memang kuat sampai ubat paling power pon dah tak boleh lawan bakteria tu. Sempat awin pujuk piko supaya kuat, dah sihat nanti boleh balik jumpa Loki, Loli dan lain-lain.

Lebih kurang dalam pukul 4.48 petang semalam kitorang dapat call dari doktor yang Piko dah pergi. Semoga kita dapat jumpa lagi di sana nanti yer Piko. Tunggu mummy ngan deddy tau. 

Siapa jer tak sedih bila tengok kucing kesayangan kita mati kan? Apapun, bertabahlah Awin Nurin dan Izzue Islam! 
 
OHMEDIA: SEDIH PULA BILA TENGOK AWIN NANGIS MACAM TU. 

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media