Lelaki hempas kucing dengan kuat kerana naik atas keretanya

Tindakan kejam seorang lelaki berusia 34 tahun ini yang menganiaya seekor kucing dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan tersebar di media sosial. 

Berdasarkan video berdurasi 55 saat itu menunjukkan, pemilik kereta Honda City JRF 5712, yang berasal dari Setapak, baru saja keluar dari kedai dan menuju ke kenderaannya. 

Berang melihat seekor kucing yang berada di atas keretanya, suspek serta-merta menangkap kucing itu lalu dihempas dengan sekuat hati ke lantai. 

Akibat dari perbuatan suspek, kucing yang tidak berdosa itu mengalami kecederaan, pendarahan dalaman dan masalah pembuangan najis. 

Melalui nombor pendaftaran kereta suspek, netizen dapat mengesan alamat kediaman serta tempat kerja suspek dan mendesak lelaki itu tampil menyerah diri. 

Difahamkan, video CCTV tersebut disebarkan oleh seorang wanita yang mengakui kucing itu adalah miliknya. Tidak diketahui sama ada wanita itu telah membuat laporan polis atau sebaliknya. 

Video: YouTube


Sumber : thereporter.my