--> Skip to main content

Neymar Positif Covid-19


Paris Saint-Germain (PSG) mengesahkan bahawa tiga pemainnya telah dijangkiti dengan Covid-19. Neymar adalah salah satu daripadanya selepas dia bercuti di Pulau Ibiza, Sepanyol.

Menurut laporan L’Equipe, finalis Liga Juara-Juara dan Juara Liga 1 tidak menyatakan nama pemain tersebut tetapi dua pemain yang dipercayai positif adalah Leandro Parades dan Angel Di Maria.

Tiga pemain PSG disahkan positif selepas ujian Sars CoV2 dan sudah menjalani protokol kesihatan yang sesuai. - kata kelab itu di media sosial

Semua pemain dan kakitangan akan terus diuji dalam beberapa hari akan datang. - kata AGENSI

Kalau nak tahu, ketiga-tiga pemain ini menghabiskan masa mereka bercuti di tempat itu selepas mereka tewas di finalis Liga Juara-Juara yang menentang Bayern Munich pada 23 Ogos lalu.

OHMEDIA: SEMOGA CEPAT SEMBUH!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 03 September 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...