Pembelian Dalam Talian Mungkin Akan Dikenakan Caj Perkhidmatan 20 Sen!


Ini mungkin berita buruk bagi korang yang suka shopping secara online kerana baru-baru ini, kerajaan bercadang ingin mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 20 sen bagi pembelian di bawah RM1,000 tau?!

Manakala lebih dari RM1,000 pula akan dikenakan caj tambahan sebanyak 40 sen. Caj perkhidmatan ini hanya melalui platform secara online termasuklah Lazada, portal e-dagang dan Shopee.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata ia bercadang seperti itu kerana untuk mengumpul dana khas bagi membantu golongan B40 dan dapat menambah baik pembangunan komunikasi di luar bandar termasuklah untuk menambah kewangan.

Perkara ini sedang dalam mesyuarat dan perancangan untuk kita bentangkan kepada kerajaan supaya dapat mencari sumber lain yang tidak membebankan rakyat dan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Maka, bayaran tambahan ini seakan caj perkhidmatan yang akan dikenakan dan sekiranya pembelian itu lebih RM1,000 maka caj tambahan dikenakan adalah 40 sen.

Walaubagaimanapun, caj perkhidmatan yang akan dikenakan ini belum ditetapkan oleh pihaknya bagi minimum pembelian secara online.

Ini bukan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana sekarang ini, banyak pembelian dalam talian tidak membayar cukai sekali gus menyebabkan kerugian dan ketirisan hasil kerajaan berlaku. Untuk mengenakan cukai ia rumit dan perlu diluluskan oleh Parlimen menyebabkan kita perlu memperkenalkan caj perkhidmatan ini.

Korang setuju tak dengan cadangan kerajaan yang akan mengenakan caj perkhidmatan bagi pembelian secara atas talian? Jangan lupa kongsi pendapat dekat ruangan komen di Facebook Oh! Media okay.

OHMEDIA: LEPAS NI TAK PERLU SHOPPING ONLINE DAH!

Kredit: Bernama | Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media