Seekor penguin ditemui mati di pantai Brazil kerana setelah tertelan pelitup muka (face mask).
Pelitup muka N95 yang digunakan dalam industri dan penjagaan kesihatan ketika pandemik Covid-19 ditemui dalam badannya selepas bangkai haiwan itu ditemui di Pantai Juquehy di Sao Sebastian, utara Sao Paulo.
Difahamkan, penguin itu terpisah dari kumpulannya ketika berhijrah dari wilayah Patagonia, selatan Argentina.
Gambar yang menyedihkan itu diambil dan dikongsi oleh pakar haiwan yang melakukan nekropsi terhadap bangkai tersebut.
Presiden Institut Argonauta (NGO), Hugo Gallo Neto berkata, "Kami telah memberi amaran tentang pelitup muka dan kes ini adalah bukti yang jelas menunjukkan bahawa jenis sampah ini akan memudaratkan dan menyebabkan kematian pada hidupan laut.
"Ini juga menunjukkan betapa tidak bertanggungjawabnya seseorang individu itu membuang pelitup muka di tempat yang tidak sesuai," katanya.
NGO itu juga memaklumkan, pihaknya menemui sebanyak 113 pelitup muka yang dibuang di pantai dalam tempoh lima bulan lalu.
Pelitup muka telah menyebabkan masalah sampah di darat dan laut semenjak ia pihak berkuasa mewajibkan orang awam memakainya di seluruh dunia bagi mencegah penyebaran wabak Covid-19.
Sumber: Daily Mail
Sumber : thereporter.my