--> Skip to main content

PSG Terciduk Lagi, 5 Pemain Dilayangkan Kad Merah


Nasib malang menimpa Paris Saint-Germain (PSG) selepas tewas untuk kali kedua di saingan Ligue 1. Beraksi di tempat sendiri sepatutnya memberi kelebihan buat PSG serta ditambah dengan kehadiran beberapa ribu penyokong yang telah mendapat kebenaran untuk masuk ke stadium.


Gol kemenangan Marseille berjaya dijaringkan oleh Florent Thauvin pada minit ke-31. PSG juga mempunyai peluang keemasan untuk mendapatkan jaringan namun ketangkasan penjaga gol Marseille, Mandanda berjaya menafikan beberapa percubaan bahaya dari PSG.


Walaubagaimanapun, perlawanan ini dicemari dengan insiden pergaduhan pada waktu tambahan dan kesannya 5 pemain dilayangkan kad merah termasuk bintang Brazil, Neymar. Kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dan menyaksikan kemenangan pertama Marseille ke atas PSG dalam tempoh 9 tahun.

OHMEDIA : NAMPAKNYA JUARA BERTAHAN MASIH BELUM MENDAPAT RENTAK KEMENANGAN SELEPAS TEWAS 2 PERLAWANAN BERTURUT-TURUT

+ Baca respon pembaca PSG Terciduk lagi, 5 pemain dilayangkan kad merah di Facebook Oh! Media

Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 14 September 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...