Real Madrid Akan Lepaskan Bale Pada Harga 22 Juta Pound


Pemain kebangsaan Wales, Gareth Bale sedia dijual pada harga 22 juta pound dalam usaha untuk mengurangkan kos kewangan Real Madrid. Bale yang kini berusia 31 tahun jarang mendapat peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama. Pengurus Real, Zinedine Zidane juga lebih gemar meletakkan Bale di bangku simpanan.


Manchester United dan Tottenham Hotspur boleh membawa Bale pulang ke England namun faktor kewangan menjadi halangan buat Spurs manakala MU kini masih fokus untuk mendapatkan penyerang muda Dortmund, Jadon Sancho.


Untuk pengetahuan korang, Real Madrid baru sahaja menjual James Rodriguez kepada Everton selepas kontrak pinjaman beliau bersama Bayern Munich telah tamat. Semoga Bale dapat berpindah ke kelab yang boleh memberikannya lebih minit permainan.


OHMEDIA: BALE MASIH MEMILIKI KELAJUAN DAN PENYUDAH TAJAM WALAUPUN JARANG DIGUNAKAN


+ Baca respon pembaca Real Madrid akan lepaskan Bale pada harga 22 juta pound di Facebook Oh! Media

Sumber: Oh! Media