Samsung Keluarkan Telefon Pintar Mampu Milik Bawah RM400



Baru-baru ini, Samsung Malaysia telah bawa masuk telefon pintar mampu milik di bawah siri A terbaru ke pasaran tempatan iaitu Samsung Gaaxy A01 Core. Kalau korang mencari telefon kedua yang hanya untuk kegunaan asas je, Ohmedia rasa ini mungkin salah satu pilihan yang korang boleh dapatkan. 

Samsung Galaxy A01 Core berasaskan Android 10 yang didatangkan dengan skrin 5.3 inci HD+. Ia dikuasakan dengan cip pemprosesan MT6739 yang dilengkapi dengan memori 1GB RAM dan storage sebesar 16GB RAM sahaja. 



Bateri Samsung dibawah siri A terbaru ni berkapasiti 3,000mAh menggunakan micro-USB. Untuk kamera utama, ia hadir dengan 8 megapixel dan untuk kamera depan pula dilengkapi dengan 5 megapixel. Terdapat 3 pilihan warna yang ditawarkan iaitu biru, hitam dan merah. 

Korang rasa berbaloi tak harga yang ditawarkan dengan spesifikasi yang ada pada Samsung terbaru ini? 


+ Baca respon pembaca telefon pintar terbaru mampu milik dari Samsung di Facebook Oh! Media

Sumber: Oh! Media