Super Mokh Lebih Hebat Dari Messi & Setanding Ronaldo


Baru-baru ini arena bola sepak dunia kecoh dengan pencapaian pemain Cristiano Ronaldo yang berjaya mencatatkan 101 jaringan gol bersama pasukan kebangsaan dan ini meletakkan dirinya di tangga ke-2 di belakang pemain Iran, Ali Daei dengan 109 gol.

Tapi korang tahu tak siapa belakang Ronaldo? Di tempat ke-3 dengan jaringan sebanyak 86 gol adalah milik penyerang lagenda negara, Allayarham Datuk Mokhtar Dahari sepanjang beraksi untuk negara di peringkat antarabangsa.

Jaringan Super Mokh juga direkodkan lebih banyak berbanding penyerang Arjentina Lionel Messi yang hanya mencatat 70 gol sahaja.

Sejak statistik itu keluar, ramai yang hantar tunjuk ayah saya dalam senarai tiga penjaring terbanyak perlawanan antarabangsa, memang mengejutkan. Saya sendiri tak tahu berkenaan jumlah gol itu dan paling terkejut antara tiga pemain terbaik dunia. Tapi tetap berbangga kerana itu menunjukkan pencapaian ayah sentiasa dikenang.- Kata Mohd Reza anak lelaki Mokhtar yang dihubungi Arena Metro.


Berikut pula adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman bagi pemain Harimau Malaya sejak 1963 dan diungguli Super Mokh. Nampak tak betapa susahnya nak capai jaringan 80 ke atas tu?


Mokhtar yang meraih kap pertama di peringkat antarabangsa ketika berusia 19 tahun pada 1972 sewaktu menentang Sri Lanka adalah antara penyerang yang paling digeruni di Asia pada lewat tahun 70-an dan 80-an kerana kehandalannya menjaringkan gol.

OHMEDIA: AL-FATIHAH BUAT ARWA MOKHTAR DAHARI DAN SEMOGA PENCAPAIAN INI DAPAT MENJADI IDOLA BUAT PEMAIN MUDA NEGARA.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media