--> Skip to main content

'Takkan orang nak sembahyang, kita halau?' - SOP izinkan kanak-kanak solat di masjid akan dibincangkan

Kebelakangan ini timbul banyak luahan kesal ibu bapa mengenai ada sesetengah surau atau masjid yang tidak membenarkan kanak-kanak solat di ruangan solat, biarpun di kaki lima ruangan tersebut. 


Keadaan itu menyebabkan anak-anak mereka terpaksa bersolat di tepi tandas dan di halaman luar masjid.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi membenarkan golongan kanak-kanak bersolat di dalam masjid akan dibincangkan dalam masa terdekat. 


Perbincangan itu katanya, akan dibuat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN). 


"Bagaimanapun, kita akan tengok (isu) ini secara berhemah (apa bentuk) tindakan yang diambil. Takkan orang yang sembahyang kita halau... tidak sesuai," katanya memetik laporan hari Harian Metro, Sabtu 26 September 2020. 


"Kita tidak boleh buat dalam keadaan keras, yang penting nasihat dan beritahu. Bolehlah dia (ibu bapa) pilih tempat yang sesuai (untuk bersolat)," katanya. 


LAPORAN BERKAITAN



Sumber : thereporter.my
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...