--> Skip to main content

(Video) Baru Pulang Dari Sabah, Hans Isaac Jalani Ujian Saringan Covid-19


Sepertimana yang kita tahu, Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa individu yang baru pulang dari negeri Sabah wajib menjalani perintah pemerhatian dan pengawasan di rumah serta memakai gelang kuarantin sehingga 10 Oktober.

Terbaru! Pelakon dan pengarah, Datuk Hans Isaac memuatnaik satu posting di akaun Instagramnya menunjukkan beliau sedang menjalani ujian saringan Covid-19 selepas dia pulang daripada menghadiri sebuah majlis yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah.

Menerusi posting tersebut, beliau juga menunjukkan hasil ujian saringan tersebut dengan jelas ditulis 'tidak dikesan' yang bermakna tiada gen SARS-2 Coronavirus dikesan pada dirinya.

It's our responsibility guys. Numbers are rising by the day. Time to make that effort. Be safe Malaysia. -tulis Hans Isaac di kapsyen

Syukur Alhamdulillah. Apa yang lebih penting adalah korang yang baru pulang dari negeri Sabah tu, jalani kuarantin di rumah ya! Ingat, kita masih belum menang untuk menangani wabak pandemik Covid-19 ni. Stay safe dan jangan lupa memakai pelitup muka.

OHMEDIA: SIAPA PERNAH AMBIL UJIAN SARINGAN COVID-19? CUBA SHARE SIKIT PENGALAMAN KORANG DEKAT RUANGAN KOMEN.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.








Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 29 September 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...