(Video) 'Basak! Basak! Polis kepung!' - 3 mat rempit terkedu lihat polis tunggu di finish line

Keenakkan buah kurma... Keenakkan merempit di malam hari buat tiga anak muda ini terbantut apabila insan berpakaian seragam setia menunggu di hujung garisan penamat.


Sebelum itu, ketiga-tiga lelaki itu merempit bagaikan dunia milik mereka tatkala mendengar sorakan dari para penonton di tepi jalan, menambahkan lagi adrenalin mereka untuk memecut dengan minyak subsidi kerajaan. 


Namun, mereka tidak menyangka perlumbaan itu akan berakhir dengan kekesalan apabila sepasukan polis menanti di hujung garisan penamat. 


Hendak melarikan diri, tetapi tiada jalan lain dan akhirnya terpaksa jua menyerah diri serta melihat motosikal yang dipercayai masih belum habis hutang bank itu diangkut ke atas lori pihak berkuasa. 


Difahamkan, 11 buah motosikal pelbagai jenama telah dirampas oleh polis dalam Operasi Samseng Jalan di LPT2, Chukai, Kemaman, Terengganu. 


Netizen di media sosial juga berpuas hati melihat video viral tersebut dan berharap 'hobi mahal' itu dapat dibanteras dengan lebih kerap bagi menyelamatkan nyawa anak muda dari melayang disebabkan aktiviti yang tidak berfaedah. 


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS



Sumber : thereporter.my