--> Skip to main content

(Video) Budak 3 tahun terbang, nyaris terhempas selepas dililit layang-layang gergasi


Seorang kanak-kanak perempuan tersangkut pada layang-layang gergasi menyebabkan dia ditarik naik ke udara sehingga mencetuskan panik di kalangan pengunjung. 

Kejadian itu berlaku pada Ahad lalu (30/8/2020) di Festival Layang-Layang Antarabangsa 2020, Nanliao Harbor, Taiwan.

Dikatakan tali layang-layang membelit badan mangsa yang dikenali sebagai Lin, 3, sebelum ditarik naik ke udara akibat angin kencang. 

Lin bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan hanya mengalami sedikit calar di bahagian tubuhnya. 

Video kejadian itu turut viral di media sosial yang menunjukkan Lin bergayut di udara selama beberapa saat dan orang ramai menjerit kerana bimbang mangsa jatuh terhempas. 

Mangsa nyaris jatuh terhempas ke tanah, tetapi sempat disambut oleh pengunjung dan terus dibawa ke hospital oleh kakitangan festival untuk pemeriksaan lanjut. 

Disebabkan kejadian itu, kerajaan negeri terpaksa membatalkan festival berkenaan dan Datuk Bandar itu juga memohon maaf menerusi laman Facebook. 

"Kerajaan negeri memohon maaf kepada mangsa dan pengunjung atas kejadian yang berlaku," katanya. 

Sumber: Agensi



Sumber : thereporter.my
Tarikh Artikel: 01 September 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...