--> Skip to main content

(Video) Mourinho Bikin Lampard Menangis, Spurs Ke Suku Akhir Piala Carabao

Walaupun terpaksa mengharungi jadual yang padat, ianya tidak menghalang skuad kendalian Jose Mourinho iaitu Tottenham Hotspur untuk menewaskan Chelsea 5-4 menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 hingga ke wisel penamat awal pagi tadi. 

 

Kemenangan ini melayakkan Spurs ke suku akhir Piala Carabao. Jika kita lihat dalam perlawanan ini Chelsea memiliki beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol dan hasilnya penyerang Jerman, Timo Werner meletakkan The Blues di depan menerusi satu rembatan leret untuk menewaskan Lloris.

Walaubagaimanapun, Lamela kembali menyamakan kedudukan untuk Spurs pada minit ke-83 selepas bijak menyudahkan hantaran dari Reguilon. Akhirnya perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti dan kemenangan berpihak kepada Tottenham Hotspur

OHMEDIA : NAMPAKNYA SPURS BOLEH PERGI JAUH DALAM SAINGAN PIALA CARABAO DENGAN KEHADIRAN REGUILON DAN GARETH BALE

+ Baca respon pembaca Mourinho bikin Lampard menangis, Spurs ke suku akhir Piala Carabao di Facebook Oh! Media 


Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 30 September 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...