(Video) 'Wey first time aku kena maki buat live makan' - Influencer dakwa dihalau owner kedai & dimalukan dalam live yang ditonton 10,000 followersnya


Seorang influencer media sosial mendakwa dia dihalau ketika membuat review produk secara live, di sebuah restoran popular di Bandar Hilir, Melaka, Selasa lalu.

Berdasarkan video itu, jelas kedengaran suara pemilik premis itu berkata, "Kedai makan tak boleh buka produk-produk. Selepas makan, balik. PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)". 

Eira Aziera,37, berasal dari Alor Setar berkata, dia terkejut mendengar teguran itu lalu membatalkan niatnya untuk terus berada di situ dan mengajak rakan-rakannya beredar. 

Ketika kejadian katanya, siaran live itu disaksikan leibh 10,000 followersnya di Instagram. 

"Owh betul eh? Minta maaf, so cancel lah makcik. Okey, jom. Minta maaf. 

"Saya baru nak viralkan kedai makcik. Takpe-takpe makcik, terima kasih. Sorry. Wey, jom blah jom blah. Pergi bayar ayaq, sat gi tak halal pulak. Bayar, bayar. Maaf ye makcik! 

"Ha ini nama kedai ** yang hampa banggakan sangat tu. Minta maaf guys, inilah kedai **. Aku buat live cakap pun tak boleh. 

"Makcik minta maaf makcik. Minta halal dunia akhirat. Orang nak bagi rezeki, takpe... takpe... Oo perangai cukup cam anak haram gini.

"Wey first time aku kena maki. Aku bukan berjual dalam kedai dia. Aku dok buat live makan kot. Hoooo... celak* pulok. Macam gampang je kan, serius. Berlagak sangat? Yes. Kedai ** yang hampa suruh aku mai sangat-sangat tu. 

"Yang ni, yang hampa bangga sangat ni. Eh jangan mai kedai ni, aku kena halau. Aku buat live makan, kena marah. Kedai ni, celak*nya je, eksennya kan. Kurang hajar kan? Eh tolong eh guys, dia anjingkan aku wey," katanya. 

Rakan-rakannya juga tidak bersetuju dengan cara pemilik premis itu yang bertindak membuat teguran secara terbuka seperti itu sehingga membuatkan pelanggannya malu. 

Dalam penjelasannya yang disiarkan oleh mStar Online, Eira berkata dia malu dengan insiden itu dan ini kali pertama dia dimalukan sebegitu rupa. 

"Masa tu saya bersama kira-kira 10 pengikut saya ada sekali nak makan di kedai tu. Bukanlah suara saya kuat, tapi bila dah ramai tu, suasana jadi riuh sikit sebab masing-masing dapat berkumpul bersama. 

"Tapi tak sangka pula masa menunggu makanan sampai, pasangan suami isteri yang merupakan pengusaha kedai makan menengking saya dari jauh. 

"Masa tu ada lebih 10,000 followers mengikuti live saya dan mereka dapat dengar saya ditengking oleh pakcik dan makcik itu. Saya malu dan ambil keputusan angkat kaki. 

"Sepanjang 14 tahun saya berniaga dan buat review, ini kali pertama saya dimalukan sebegitu. Saya bukannya pergi dari meja ke meja jual produk," katanya. 

Menurut Eira, pada waktu kejadian makanan yang dipesan mereka belum sampai dan kebiasaannya dia akan makan semasa membuat review dan secara tidak langsung dia akan mempromosikan restoran itu tanpa sebarang bayaran. Berbanding sebelum ini ada pengusaha kedai makan yang sanggup membayarnya RM2,000 untuk membuat review restoran selama 30 minit. 

Eira kesal niat baiknya itu pula dimaki. Bagi Eira, sekiranya aktiviti itu tidak dibenarkan dibuat di kedai, pemilik perlu meletakkan pelekat atau papan tanda untuk makluman kepada pelanggan.

"Mereka sepatutnya menegur saya secara baik, bukannya menengking dari jauh. Bukan pasal customer is always right, tetapi ada adab untuk menegur. Kalau tak datang sendiri tegur, boleh minta pekerja lain wakilkan datang ke meja kami dan tegur," katanya. 

Sementara itu, anak kepada pemilik restoran tersebut mengakui ibunya ada meminta Eira dan rakannya beredar jika mahu meneruskan aktiviti reviewnya itu. 

Illa berkata, Eira selamba membuat review produk di premis mereka tanpa kebenaran, ditambah pula dengan suaranya yang kuat yang dikhuatiri mengganggu pelanggan lain. 

"Kedai kami pun ada undang-undang, bukan boleh buat macam tu sesuka hati je. Tapi kami tak ada tengking dengan kata-kata kesat atau baling keluar produk mereka. 

"Saya faham zaman sekarang semua nak buat live untuk review produk. Dalam video dapat dengar mak saya kata pasal PKP yang mana tak boleh lama-lama di kedai makan. Jadi mereka kena ikut SOP, datang hanya untuk makan dan bukannya duduk lama buat review produk. 

"Kami tak suka cari masalah, tak suka cari publisiti. Dia nak buat review itu hak dia. Tapi janganlah viralkan video itu sehingga melingkupkan bisnes orang lain. 

"Kalau tak suka, boleh pergi makan ke kedai lain tapi bukannya memburukkan kedai orang. Kami sekeluarga berniaga untuk cari makan," katanya. 

Menurut Illa, perniagaan yang diusahakan ibu bapanya itu beroperasi sejak 30 tahun lalu dan kini menerima banyak persepsi buruk sejak video itu viral di media sosial. Malah mereka banyak menerima panggilan dan mesej dari individu yang tidak dikenali menghembur kata-kata kesat terhadap mereka. 

Sumber: mStar Online

Video: Kau Tergolek



Sumber : thereporter.my