--> Skip to main content

Warga Emas Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Selepas Dikejar Anjing Liar

Akibat dikejar anjing liar, seorang wanita berusia 65 tahun meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung ketika sedang berjalan ke Taman Baiduri Dengkil. Saksi di tempat kejadian terdengar suara anjing menyalak dengan kuat sebelum melihat mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Beliau seterusnya menghubungi pihak ambulan ke lokasi kejadian sebelum mangsa disahkan meninggal dunia. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat dan hasil laporan menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.

Oleh yang demikian, Ohmedia sarankan supaya korang sentiasa berhati-hati semasa pulang dari kerja kerana anjing liar sangat aktif di jalanan pada waktu malam.

OHMEDIA : SEMOGA PIHAK BERWAJIB DAPAT MENANGANI MASALAH ANJING LIAR INI 

Kredit : Berita Harian

+ Baca respon pembaca warga emas meninggal dunia akibat serangan jantung selepas dikejar anjing liar di Facebook Oh! Media 


Sumber: Oh! Media
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...