--> Skip to main content

MU Belasah Brighton Untuk Layak Ke Suku Akhir

Manchester United berjaya mengekori kelab jirannya, Manchester City untuk layak ke suku akhir Piala Carabao selepas menewaskan Brighton 3-0. Beraksi di Amex Stadium tidak menjadi masalah buat MU dan mereka memiliki peluang untuk mencetak gol pertama menerusi percubaan Odion Ighalo yang sedikit tersasar melepasi tiang gol Brighton.

     
Walaubagaimanapun. gol yang dicari MU terhasil satu minit sebelum tamat separuh masa pertama menerusi tandukan McTominay yang bijak menyempurnakan hantaran dari Juan Mata. Bersambung babak kedua, giliran Mata pula menyumbat gol kedua MU pada minit ke-73.

Pemain tengah Perancis, Paul Pogba memastikan kemenangan bergaya MU selepas dimasukkan sebagai pemain gantian. Beliau berjaya menjaringkan gol ketiga The Red Devils melalui sepakan percuma menarik pada minit ke-80. Keputusan 3-0 kekal hingga wisel penamat

OHMEDIA: SEMOGA MANCHESTER UNITED DAPAT MEMBAWA MASUK PEMAIN BARU UNTUK MENGUATKAN BARISAN SEDIA ADA PADA PERLAWANAN SUKU AKHIR NANTI

+ Baca respon pembaca MU Belasah Brighton Untuk Layak Ke Suku Akhir di Facebook Oh! Media


Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 01 October 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...