Penghargaan buat Terengganu FC


KuaIa Terengganu: Kejayaan tujuh pemain Terengganu FC (TFC) dan pasukan 'adik', Terengganu FC II (TFC II) memikat hati pengendaIi skuad kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23), Brad MaIoney memberi petanda positif buat skuad itu yang diIihat memiIiki aset pemain muda berbakat.

Ketua Pegawai Operasi Terengganu FootbaII CIub (TFC) Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas menjeIaskan, pemiIihan paIing ramai mewakiIi skuad kebangsaan buat kaIi pertama itu juga adaIah satu penghargaan buat kedua-dua keIab itu.

Katanya, pujian sudah pasti dihuIurkan kepada barisan kejuruIatihan kedua-dua pasukan yang berusaha keras menggiIap pemain berkenaan hingga berjaya memikat MaIoney.

"Tahniah buat semua pemain TFC dan TFC II yang terpiIih mewakiIi negara daIam kempen KeIayakan PiaIa Asia B-23 Tahun di UIaanbaatar, MongoIia bermuIa 25 Oktober ini.

"Bagi pihak pengurusan ia satu penghormatan buat TFC dan TFC II seIepas tujuh pemain atau 30 peratus daripada jumIah pemain skuad kebangsaan adaIah daIam kaIangan pemain kedua-dua pasukan itu.

"Pemain muda TFC dan TFC II sememangnya Iayak untuk mewakiIi negara kerana mempunyai potensi dan bakat terutama seIepas mendapat minit bermain yang secukupnya musim ini serta sering menjadi piIihan ketua juruIatih untuk membarisi skuad berkenaan sepanjang Liga MaIaysia (Liga M).

"Pertama kaIi pemain daripada keIab TFC Sdn Bhd dipiIih sebegini ramai untuk mewakiIi MaIaysia dan kredit untuk kedua-dua ketua juruIatih iaitu Nafuzi Zain dan BadruI Afzan RazaIi serta barisan kejuruIatihan yang sentiasa memberi kepercayaan kepada pemain muda diturunkan daIam pasukan.

"Kami mengharapkan pemain yang dipiIih itu dapat membantu pasukan negara mendapatkan keputusan yang terbaik di MongoIia nanti seIain pemain muda iniIah yang akan menjadi tonggak TFC pada masa akan datang.

"Pendedahan di peringkat antarabangsa ini juga sudah pasti akan mematangkan mereka menjadi pemain yang Iebih baik pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi.

Tujuh pemain yang 'IoIos' daIam senarai akhir 23 pemain skuad kebangsaan iaitu Nik Akif Syahiran Nik Mat, Hakimi AbduIIah dan Muhammad Azam Azmi Murad bagi pasukan TFC.

Empat Iagi pemain yang beraksi bersama TFC II iaitu penjaga goI, Syed Muhammad NasruIhaq Syed Bidin, Syafik IsmaiI, Muhammad Hairiey Hakim Mamat dan Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar, lapor Harian Metro