--> Skip to main content

Pemain kacukan Filipina sah sertai Terengganu FC



Kuala Terengganu: Pemain kelahiran Abu Dhabi, UAE yang berketurunan Filipina daripada Ibunya, Luke Woodland yang sebelum ini dikhabarkan akan menyertai Terengganu FC sah akan menyarung jersi pasukan itu musim depan.

Pemain yang pernah beraksi bersama Kuala Lumpur FA pada musim 2019 ini, mampu beraksi di dua posisi iaitu pertahanan tengah dan bahagian tengah bertahan.

Luke Woodland juga pernah beraksi dengan skuad England U16,U17 dan U18 di zaman remajanya, dan memulakan karier pemain profesional bersama kelab Bolton Wanderers.

Menurut sumber yang memberitahu Terengganu 11, pemain ini sah akan menyertai Terengganu FC dan akan diumumkan apabila beliau tiba di Terengganu kelak.

Dengan kehadiran Luke Woodland, Terengganu FC kini sudah lengkap kuota import bagi ASEAN, dan dikhabarkan seorang lagi pemain kacukan Filipina juga dalam radar Terengganu FC untuk melengkapkan lapan pemain import, lima di Liga Super serta tiga di Liga Perdana.

Slot pemain import Terengganu FC kini sudah hampir lengkap dengan mengekalkan Argzim Redzovic, Habib Haroon dan Jordan Mintah manakala pemain import baharu yang sudah sah bersama Terengganu FC musim depan ialah Kpah Sherman, Kipre Tchetche dan Pape Diakite.

Tarikh Artikel: 25 December 2021
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...