Penjelasan Jordan Mintah tentang ciapan di twitternya


Kuala Terengganu: Pelbagai pandangan dan andaian berlaku hari ini apabila Jordan Mintah seolah-olah merajuk dengan pasukan Terengganu FC.

Baca: Jordan Mintah kecewa dan merajuk?

Kami telah berhubung dengan beliau sendiri bagi mendapatkan penjelasan, Jordan Mintah apabila ditanya mengatakan dia tiada masalah langsung dengan pasukan.

Ciapannya di twitter peribadinya tengahari tadi lebih kepada masalah tentang rumah sewanya kini yang dihuni bersama rakan-rakan lain termasuk rakan pasukan.

Dia juga menolak andaian yang mengatakan dia merajuk dengan pasukan, dan kerisauan penyokong jika dia merajuk dan bertindak membatalkan kontrak, "Penyokong sentiasa menunjukkan nilai kasih sayang, mungkin sebab itu mereka risau" katanya.

Dengan penjelasan dan salah faham ini dapat melegakan penyokong dan juga pasukan Terengganu FC