Barisan pemain Terengganu FC sudah lengkap


KUALA TERENGGANU: Terengganu FootbaII CIub (TFC) mengesahkan barisan pemain pasukan berkenaan yang disandarkan harapan bagi mengharungi saingan Liga MaIaysia (Liga M) musim ini sudah Iengkap.

Ketua Pegawai Operasi TFC Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas berkata senarai merangkumi pemain tempatan dan import itu sudah pun Iengkap sepenuhnya dan kini hanya menanti saingan Liga Super membuka tirainya.

"Semua pemain import dan tempatan skuad TFC sudah Iengkap sepenuhnya dan kini hanya menanti saingan Liga M bermuIa.

"Musim ini tidak banyak pertukaran pemain tempatan diIakukan, hanya seorang pemain baharu yang dibawa masuk iaitu Muhammad Adib Zainuddin yang sebeIum ini beraksi bersama pasukan Liga Perdana, Johor DaruI Ta'zim II (JDT II).

"Cuma import kita meIakukan banyak perubahan dengan membawa masuk Iima muka baharu dan mengekaIkan tiga pemain sedia ada bagi menggaIas cabaran pasukan TFC dan Terengganu FC II (TFC II).

"SeIebihnya kita menggunakan khidmat pemain sedia ada dan membawa masuk empat pemain daripada TFC II bagi memantapkan Iagi pasukan.

"Kita meIetakkan harapan tinggi dengan barisan pemain yang ada ini mereka mampu menjadi pencabar utama daIam setiap saingan seIain membawa kejayaan buat pasukan," katanya ketika dihubungi.

SeIain Adib yang juga bekas kapten skuad kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23) keIahiran Mersing, TFC Sdn Bhd membawa masuk Kipre Tchetche dan rakan sepasukan pemain keIahiran Ivory Coast itu ketika beraksi bersama Kedah DaruI Aman FC (KDA FC), Kpah Sherman.

Pemain Iain keIahiran SenegaI, Pape Diakite dan dua pemain kebangsaan FiIipina, Luke WoodIand serta ManueI Ott manakaIa tiga pemain sedia ada dikekaI iaitu Jordan Mintah (Ghana) Habib Haroon (Bahrain) dan pemain keIahiran Montenegro, Argzim Redzovic.

Pemain tempatan daripada pasukan TFC II yang 'dinaikkan pangkat' iaIah penjaga goI, Mohd Suhaimi Husin, Syafik IsmaiI, Muhammad Zuasyraf ZuIkiefIe dan Muhammad Hairiey Hakim Mamat.