--> Skip to main content

Terengganu 11 bekerjasama dengan Atlead Pass musim 2022

 

Kuala Terengganu: Liga Malaysia tahun ini kemungkinan bakal bermula pada bulan Februari, Terengganu 11 dan Atlead Pass akan bekerjasama dalam memaparkan statistik pemain pilihan dan statistik setiap perlawanan untuk pasukan Terengganu FC bagi musim 2022.

Terengganu 11 merupakan laman yang menumpukan 90% berita bola sepak Terengganu dan 10% info negeri Terengganu sejak dari 2009, dikendalikan oleh enam jejaka tampan yang tidak mahu dikenali ramai, oleh kerana untuk mengelakkan ramai wanita dan kaum sejenis jatuh hati melihat mereka.

Atlead Pass pula yang bermula sejak tahun 2020 merupakan laman yang memaparkan Analisa Sukan berdasarkan Data Statistik Pemain dan Statistik Perlawanan, mereka dikendalikan oleh dua individu yang bekerja dalam bidang Jurutera Minyak dan Bank Analisis.

Atlead Pass pernah bekerjasama dengan Queen Park Rangers, Negeri Sembilan, Malaysian Football League dan projek terbarunya ialah di kempen Piala AFF Suzuki Cup.

Dengan pengumuman kerjasama antara Terengganu 11 dan Atlead Pass ini, penyokong Terengganu FC dan peminat bola sepak di Malaysia bakal dihidangkan dengan statistik pemain pilihan dan statistik setiap perlawanan melibatkan Terengganu FC di Liga Malaysia bagi musim 2022.

Perkhabaran baik ini membolehkan para penyokong bola sepak khususnya boleh menambah pengetahuan dalam bidang Analisa Sukan berdasarkan Data Statistik.

Anda boleh mengikuti laman sosial Atlead Pass dan Terengganu 11 dibawah:

Facebook:
https://www.facebook.com/atleadpass/

Twitter:
https://twitter.com/AtleadPass

Instagram:
https://www.instagram.com/atleadpass/


Facebook:
https://www.facebook.com/terengganu11/

Twitter:
https://twitter.com/11terengganu

Instagram:
https://www.instagram.com/terengganu11/

Website:
www.terengganu11.com | www.terengganusebelas.com


Tarikh Artikel: 03 January 2022
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...