--> Skip to main content

Faiz Nasir dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)

Kuala Terengganu: Sejak pagi tadi masih menjadi tanda tanya kenapa Faiz Nasir dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) apabila peminat dan penyokong Terengganu berkongsi tangkap layar story instagram isteri dan adik beradik Faiz.

Terengganu 11 mendapat makluman daripada adik beliau, Faris Nasir mengatakan Faiz Nasir dikejarkan ke ICU kerana mengalami sesak nafas sejak semalam, yang mungkin berpunca akibat daripada keracunan makanan yang dialami sebelum ini.

Keadaan Faiz Nasir kini stabil dan beransur pulih, dipihak kami mendoakan agar semoga Faiz Nasir cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.
Tarikh Artikel: 16 April 2022
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...