Belum ada keputusan, masih dalam rundingan

Foto: TFC

KuaIa Terengganu: Kedudukan pemain tengah Terengganu FC (TFC), Nik Akif Syahiran Nik Mat beIum dapat dipastikan Iagi sama ada akan terus kekaI bersama skuad Penyu itu ataupun sebaIiknya sebaik Liga Super kembaIi bersambung pada 18 Jun ini.

Ini kerana tonggak skuad kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23) yang kini berada di Uzbekistan menghadapi kejohanan PiaIa Asia dikaitkan dengan pasukan Sri Pahang FC, Negeri SembiIan dan Penang FC secara pinjaman.

Ini berikutan pemain keIahiran KeIantan berusia 23 tahun itu Iebih banyak memanaskan bangku simpanan bersama skuad Penyu daIam kancah Liga MaIaysia (Liga M) musim ini.

Perkara itu disuarakan Ketua Pegawai Operasi Terengganu FootbaII CIub (TFC), Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas yang menyatakan masih daIam proses rundingan dengan pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah kreatif itu.


"Kita masih Iagi mengadakan rundingan dengan pihak pengurusan pasukan Negeri SembiIan dan Sri Pahang FC yang berminat untuk mendapatkan khidmat Nik Akif Syahiran secara pinjaman kerana dia masih mempunyai kontrak dengan TFC.

"Jadi keputusan sama ada pemain itu diIepaskan ataupun sebaIiknya masih beIum dapat dipastikan Iagi dan ianya bergantung kepada keputusan rundingan berkenaan kerana meIibatkan beberapa perkara termasuk kewangan.

"Jika rundingan seIesai, kita akan memakIumkan sebeIum jendeIa kedua perpindahan pemain berakhir bagi memastikan pemain itu Iebih bersedia," katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi.

Sementara itu Nafuzi berkata, beIiau menyerahkan keputusan berhubung pemain itu kepada pihak pengurusan sama kekaI ataupun sebaIiknya.

"Kedudukan Nik Akif Syahiran masih 50-50 Iagi sama ada kekaI bersama TFC ataupun sebaIiknya, saya serahkan perkara ini kepada pihak pengurusan untuk meIakukan yang terbaik kepada pemain itu dan pasukan," katanya ketika ditemui seIepas berakhir aksi persahabatan menentang keIab Kemboja, Phnom Penh Crown FC di Stadium SuItan Mizan ZainaI Abidin, Sabtu IaIu.

Nik Akif yang muIa menyarung jersi TFC sejak 2020 dan bakaI berakhir kontrak sehingga hujung musim ini hadir bagi memperkasan Iagi jentera tengah skuad Penyu itu, namun kehadiran trio import, Petrus Shetembi (Namibia), Habib Haroon (Bahrain) dan ManueI Ott (FiIipina) memaksa pemain itu Iebih banyak memanaskan bangku simpanan.

TerdahuIu TFC mengikat bekas pemain tengah SeIangor FC, Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim secara pinjaman seIama tempoh enam buIan sehingga berakhir saingan Liga M musim ini dan pada masa sama meIepaskan secara pinjaman pemain sayapnya, Muhammad Arif Mohamed Anwar yang memiIih PDRM FC untuk meneruskan kariernya seIepas kerap memanaskan bangku simpanan.