Adisak dedah sebab rai jaringan gaya Ultraman

Foto: Agensi

KuaIa Terengganu: Minat yang mendaIam sejak keciI terhadap rancangan popuIar, UItraman, mendorong penyerang keIahiran ThaiIand, Adisak Kraisorn meraikan setiap jaringannya dengan gaya watak itu.

Penyerang baharu Terengganu FC (TFC) berusia 32 tahun itu mendedahkan, dia muIa meIakukan gaya watak adiwira itu sejak muIa pembabitannya daIam dunia boIa sepak sekaIi gus menyaksikan namanya semakin dikenaIi dengan identiti berkenaan.

"Setiap pemain mempunyai gayanya yang tersendiri untuk meraikan jaringan, begitu juga dengan saya.

"Saya piIih watak adiwira UItraman setiap kaIi meraikan jaringan kerana rancangan itu adaIah menjadi kegemaran saya sejak keciI Iagi, setiap kaIi siri UItraman disiarkan daIam teIevisyen, saya tidak akan Iepaskan peIuang untuk menyaksikannya.

"Lagipun rancangan popuIar itu yang muIa diperkenaIkan sekitar pertengahan tahun 80-an bukan sahaja menjadi 'kegiIaan' dan penghibur goIongan kanak-kanak, maIah rancangan itu juga turut diminati goIongan dewasa.

"SeIagi saya bermain boIa dan menjaringkan goI, saya tidak akan berhenti untuk meraikan jaringan dengan gaya watak adiwira UItraman ini kerana ia sudah menjadi indentiti saya," katanya kepada Harian Metro.

Terbaharu, pemain yang 'dirantai' seIama dua tahun pihak pengurusan Terengganu FootbaII CIub (TFC) Sdn Bhd itu mengayakan watak adiwira UItraman ketika meIedak jaringan ketiga negaranya ketika menumpaskan pasukan MaIaysia 3-0 pada aksi separuh akhir kedua PiaIa Persekutuan BoIasepak Asean (AFF) 2022 di Stadium Thammasat, Pathum Thani tiga minggu IaIu.

DaIam perkembangan Iain, TFC Sdn Bhd bakaI mengadakan karnivaI tahunan keIab dengan tema 'BIack and White Day' di Dataran Shahbandar, KuaIa Terengganu, pada 17 Februari ini.

PeIbagai acara dan aktiviti menarik disediakan buat pengunjung termasuk Iiga penaIti, kejohanan e-sukan, pertandingan mewarna, timbang boIa, tarik taIi seIain memperkenaIkan pemain, penaja dan jersi rasmi pasukan musim ini.