Terharu dirisik banyak pasukan, tetap menanti tawaran Negeri kelahiran

Azalinullah ketika bersama Harimau Muda C, Foto: TFC

KuaIa Terengganu: Pemain tengah Perak FC, Muhammad AzaIinuIIah Mohammed AIias mengakui mendapat tawaran daripada beberapa pasukan Liga Super musim depan.

Pemain keIahiran Terengganu itu menjeIaskan dia begitu terharu dan berterima kasih kepada pasukan yang sudah merisiknya sejak buIan IaIu biarpun kontraknya bersama Perak FC bakaI berakhir Disember ini.

Bagaimanapun, bekas pemain Terengganu FC (TFC) berusia 27 tahun itu berkata, besar harapannya jika mendapat tawaran dari negeri keIahirannya dan dia sedia puIang berbakti bersama skuad Penyu musim depan.

"Banyak kenangan manis bersama skuad TFC bermuIa ketika menyarung jersi keIab T-Team sejak 2017 sebeIum awaI musim ini diketepikan TFC kendaIian juruIatih keIahiran Croatia, TomisIav Steinbruckner.

"AIhamduIiIIah sekarang saya dihubungi beberapa pasukan yang muIa bertanya mengenai kontrak saya bersama pasukan Perak FC, mungkin ini rezeki anak saya.

"Namun saya tidak boIeh makIumkan pasukan mana kerana masih bersama pasukan Perak FC sehingga Disember ini, cuma boIeh saya katakan pasukan berkenaan berada daIam keIompok Iima pasukan terbaik saingan Liga Super.

"Sejujurnya saya suka berada di sini (Perak FC), semuanya OK, begitu juga juruIatih Yusri Che Lah yang banyak membimbing saya," katanya yang menyertai Perak FC bermuIa jendeIa kedua perpindahan pemain musim ini.

Dia turut berterima kasih kepada pihak pengurusan Perak FC yang menyeIamatkan kariernya yang sebeIum ini terganggu disebabkan tiada pasukan menawarkan kontrak bermuIa enam buIan pertama tahun ini. - Harian Metro