Venue Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia Kekal Di SSINS


Kuala Terengganu: Gelanggang bagi perlawanan Separuh Akhir kedua Piala Malaysia di antara T-Team melawan Selangor diputuskan kekal dilangsungkan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu walaupun ada desakan beberapa pihak mahu dipindahkan ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman berkata, venue SSINS sudah serasi dengan corak permainan Titans dan jika ia diubah boleh memberi kesan kepada tuan rumah.

Walaupun kapasiti stadium tidak sebesar di SSMZA, SSINS mempunyai aura tersendiri dan T-Team lebih selesa dengan gelanggang keramat mereka yang dikenali sebagai Home Of The Titans.

‘Venue antara T-Team dgn Selangor kekal di SSINS kerana terutama sekali kita tak berani hendak ubah tempat pemain kita berlatih kerana jika kita ubah, ia akan memerlukan masa untuk mereka berlatih balik’.

‘Mereka dah serasi dgn SSINS dan jika kita ubah kita bimbang samada dari segi latihan dan skill mereka akan lari’.

‘Tumpuan kita adalah nak menang dan pastikan keselesaan pemain. Dan ini juga adalah keputusan para pemain sendiri’.

Beliau berkata demikian selepas Sidang media di Dewan Besar Wisma Darul Iman dalam program majlis Pengakuan Menerima Jawatan Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Terengganu.

Ketika ditanya mengenai aksi pertama Selangor dengan T-Team di Shah Alam beliau memberitahu ia mungkin ada beberapa kesilapan dilakukan namun beliau yakin dengan taktikal Jurulatih Rahmad Darmawan yang akan direncanakan dan seterusnya mampu membantu T-Team kembali bangkit dalam perlawanan di laman sendiri minggu depan.

‘Bola ini 90 minit, saya Nampak permainan hari itu seimbang, tapi (perbezaan) strategi’.

‘Mungkin ada sedikit kesilapan dalam strategi kita bila mana pemain kita sudah letih pada separuh masa kedua’.

‘Mereka pulun dalam separuh masa pertama tapi tak ambil peluang’.

‘Jika peluang diambil semasa separuh masa pertama saya rasa mungkin pada separuh masa kedua permainan mereka tak akan jadi seperti yang dipamerkan’.

‘Jadi itu jadi satu kemestian . maka saya pulangkan balik pada pengurusan terutamanya jurulatih kita’.

‘Saya yakin pemain kita dalam keadaan bersedia dan yang kena kad kuning hari itu insyallah tak ada apa-apa’, tambahnya. – TT