Presiden PBSNT Setuju Turunkan Harga Tiket RM10


KENYATAAN AKHBAR

Saya selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu bersetuju untuk menurunkan harga tiket terbuka kepada RM10 bagi perlawanan membabitkan Liga Perdana pada musim ini.

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor khususnya permintaan daripada  penyokong-penyokong yang meminta agar harga tiket diturunkan berbanding harga asal RM15.

Diharapkan dengan penurunan harga tiket ini akan membolehkan lebih ramai peminat hadir memberikan sokongan kepada pasukan Terengganu FA setiap kali beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Gong Badak.


DATO' SERI HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN

Menteri Besar Terengganu