Terengganu Kekal Rekod Tanpa Kalah, Kurang Satu Perlawanan


Terengganu terus gah dalam saingan Liga Perdana apabila mengekalkan rentak kemenangan memasuki perlawanan ketiga, musim ini.

Skuad kendalian Irfan Bakti terpaksa menunggu hingga babak kedua untuk meledak gol pembukaan menerusi Issey Nakajima Farran pada minit ke-48 sebelum kapten, Latif Suhaimi, meledak gol sulungnya musim ini pada minit ke-63.

Keputusan itu meletakkan Terengganu yang menghuni tangga kedua dibezakan dengan jaringan dengan Negeri Sembilan gah di persada liga, berkongsi sembilan mata.

Kedua-dua pasukan berada dalam kedudukan teratas dengan kurang satu perlawanan- Arena