Terengganu Ikat Pemain Dari Ivory Coast, Kipre Tchetche

Posted on Monday, June 05, 2017 | 6/05/2017



Kuala Terengganu: Jentera serangan skuad Terengganu akan diperkuatkan dengan sentuhan pemain tinggi lampai dari Ivory Coast, Kipre Tchetche.

Pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim yang mengesahkan perkembangan terbaru itu berkata, pemain berusia 29 tahun itu dijangka tiba di Kuala Terengganu hari ini untuk menjalani sesi latihan bersama skuad Penyu.

"Dia bekas penyerang kelab Al-Suwaiq dalam Liga Oman dan pernah enam musim beraksi bersama kelab Azam FC dalam Liga Tanzania.

"Kipre yang berjaya meledak dua gol dalam penampilan terakhirnya bersama kelab Al-Suwaiq untuk menjuarai Piala Sultan Oman menewaskan kelab Dhofar pada 25 Mei lalu (video di bawah) pilihan terbaik buat skuad Penyu dalam misi mengisi kekosongan bahagian serangan untuk memburu gol.



"Sepatutnya dia sudah tiba di Kuala Terengganu, tapi disebabkan masalah visa yang terpaksa diuruskan di Guinea menyebabkan berlaku sedikit kelewatan, namun pemain itu dijangka bersama skuad Terengganu hari ini jika tiada masalah lain,"katanya - Harian Metro


Blog, Updated at: 6/05/2017