Terengganu Sekadar Seri Dengan Johor DT II Dihalaman Sendiri

Posted on Saturday, July 01, 2017 | 7/01/2017



Kuala Terengganu: Terengganu gagal memanfaatkan beraksi dihalaman sendiri apabila sekadar seri dua sama dalam aksi Liga Perdana semalam.

Terengganu gagal mengimbangi permainan pada awal perlawanan apabila Johor DT mendahului melalui tandukan Alex Smith pada minit kelima dan jaringan Syazwan andik pada minit ke sebelas.



Terengganu bermula garang pada separuh masa kedua apabila rembatan Kipre Tchetche ditepis penjaga gol Johor DT II dan terus dirembat masuk oleh Faiz Nasir

Tidak menunggu lama sekali lagi Kipre Tchetche membuat kuisan kepada Partiban untuk menyamakan kedudukan dengan tembatan deras pada minit ke lima puluh.

Deretan peluang dari pasukan Terengganu gagal membuahkan hasil apabila keputusan seri berkesudahan sehingga tamat perlawanan.

Pada aksi perlawanan persahabatan semasa Liga berehat panjang, jurulatih Terengganu Irfan Bakti ada menyebut kelemahan pasukan Terengganu yang biasanya leka pada awal minit perlawanan dan dengan itu sekali lagi pasukan Terengganu terus leka dan longlai pada awal perlawanan.
Blog, Updated at: 7/01/2017