Pereka Fesyen Terkenal Dunia Karl Lagerfeld Meninggal Dunia

Posted on Thursday, February 21, 2019 | 2/21/2019



Pereka fesyen terkenal dunia iaitu Karl Lagerfeld telah meninggal dunia setelah hampir separuh abad menguasai industri ini.

Selama hampir empat dekad juga mendiang telah menerajui rumah fesyen ikonik The Chanel yang berada di Perancis. Namun, spekulasi mengenai keadaan kesihatan beliau yang telah berusia 85 tahun telah tersebar kerana ia dapat dilihat sejak tidak lagi menghadiri minggu fesyen haute couture Chanel di Paris.

Dikenali dengan gelaran ‘Kaiser’ atau Raja, Lagerfeld masih mampu mengatasi pereka-pereka muda walaupun pada usia 80-an dengan menampilkan koleksi busana dari musim ke musim untuk Fendi dan jenamanya sendiri di samping Chanel.

Menurut Chanel, empayar rumah fesyen bernilai AS$20 bilion (RM81.3 bilion) itu telah diserahkan kepada orang kanan mendiang, Virgine Viard.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/21/2019

0 comments: