Presiden Jokowi Dilihat Akan Menang Besar Pada Pilihan Raya


Pilihan raya Indonesia yang akan berlangsung pada 17 April ini melihat Presiden Joko 'Jokowi Widodo akan menang dengan selesa apabila tinjauan pendapat menunjukkan  Jokowi meninggalkan jauh pencabarnya, Prabowo Subianto.

Tinjauan pendapat itu dilakukan oleh Litbang Kompas yang merupakan akhbar terbesar Indonesia yang menunjukkan Jokowi berkemungkinan menang 49.2 peratus undian, mengatasi Prabowo yang memperoleh 37.4 peratus.


Walaupun mendahului dengan dua digit, jurang dalam tinjauan antara 22 Februari dan 5 Mac lebih dekat berbanding tinjauan Kompas pada Oktober lalu yang memberikan Jokowi 19.1 peratus mendahului pencabarnya.

Tinjauan pada Januari lalu oleh syarikat lain, termasuk Penyelidik dan Perunding Saiful Mujani dan firma beribu pejabat di Australia, Ray Morgan, menunjukkan Jokowi memiliki kelebihan 20 peratus berbanding Prabowo.

Pasukan kempen presiden yakin beliau akan menang dengan jurang besar, kata jurucakapnya, Meutya Hafid.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media