‘Syurga tempatmu, wahai saudaraku…’ – Bintang ragbi dunia doakan mangsa tembakan

Hari ini mejadi satu titik hitam bagi umat Islam di seluruh dunia apabila satu tragedi menyayat hati menimpa saudara kita di Christchurch, New Zealand.

Sehingga kini angka korban insiden tembakan rambang di masjid Christchurch mencecah 49 orang manakala puluhan yang lain cedera parah.

Tiada kata yang dapat diucapkan dengan kejadian yang boleh disifatkan sebagai terlalu kejam dan tidak berperikemanusiaan itu.

Damailah kamu di syurga wahai saudaraku

Turut terkesan, bintang ragbi All Blacks, Sonny Bill Williams yang yang tidak dapat menahan sebak ketika membuat ucapan takziah kepada mangsa yang terkorban dalam insiden tersebut.

Sonny yang juga seorang Muslim telah memuat naik beberapa di Twitter miliknya dan berdoa supaya mangsa yang terkorban ditempatkan di Syurga.

Tidak terucap dengan kata-kata, terlalu sedih

Video berdurasi seminit itu memaparkan Sonny tidak mampu menahan sebak dan hampir menitiskan air mata kerana amat terkilan dengan apa yang terjadi.

Bintang Rugbi itu juga dalam nada tersekat-sekat kerana menahan sedih, sempat mendoakan agar keluarga mangsa tabah dan kuat menghadapi ujian ini.

“Baru mendengar berita itu. Saya tidak boleh meluahkan apa yang saya rasakan sekarang ini. InshaAllah semua yang terkorban hari ini…kamu semua ditempatkan di syurga”

Marilah kita sama-sama berdoa semoga mangsa yang terkorban ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman.

Al-Fatihah…



Sumber: cempedakcheese.com