Malaysia Naik Tangga Ke 42, Dalam Senarai Kelajuan Muat Turun Di Dunia

Tahun ini rangkaian 5G mula dilancarkan di beberapa negara seperti Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Selari dengan pengenalan rangkaian selular generasi baharu, OpenSignal telah mengeluarkan senarai kelajuan muat turun dan muat naik menerusi capaian Internet selular di 87 negara utama dunia.


Malaysia kini di tangga ke-42 dalam senarai kelajuan muat turun berbanding tangga ke-54 pada Oktober tahun lalu. Kelajuan muat turun purata di Malaysia ialah 11.5 Mbps berbanding 10.21 Mbps sebelum ini. Dari segi kelajuan muat turun pula, Malaysia di tangga ke-56 dengan kelajuan purata 4.6 Mbps.  Walaubagaimanapun, kelajuan internet Malaysia kekal antara paling perlahan di dunia.  


Korea Selatan masih kekal mendahului di tangga teratas dengan kelajuan muat turun purata 52.4 Mbps diikuti oleh Norway (48.2 Mbps), Kanada (42.5 Mbps), Belanda (42.4 Mbps) dan Singapura (39.3 Mbps). Korea Selatan ialah negara pertama di dunia yang mampu memberikan kelajuan purata internat selular melangkaui 50 Mbps.

Untuk rantau Asia Tenggara, Myanmar (16.0 Mbps) ialah negara kedua terpantas diikuti oleh Vietnam (14.1 Mbps), Malaysia (11.5 Mbps), Filipina (7.0 Mbps), Indonesia (6.9 Mbps), Thailand (5.7 Mbps) dan Kemboja (5.6 Mbps).

Kredit : Amanz dan OpenSource
Sumber: Oh! Media