Team Sonic Racing Telah Dilancarkan Di Platform PS4 ,Xbox One, Switch Dan PC



Akhirnya permainan Team Sonic Racing telah dilancarkan secara rasmi dan korang boleh dapatkannya di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam. Team Sonic Racing adalah permainan perlumbaan yang fokus kepada bentuk berpasukan. Pelbagai watak dari dunia permainan sonic serta 21 litar perlumbaan disediakan.

So kalau korang tengok video tersebut, terdapat beberapa orang sedang berlumba di pusat membeli belah menggunakan troli. Ianya satu mesej yang SEGA nak sampaikan pada korang di mana permainan ini berunsur perlumbaan. Untuk pengetahuan korang, permainan Team sonic Racing ini dibangunkan oleh Sumo Digital dan diterbitkan oleh SEGA.

Harga yang ditawarkan bermula dari RM162 dan korang boleh dapatkannya di setiap platform yang disediakan. Jangan lepaskan peluang untuk membelinya.










Sumber: Oh! Media