Viral sekumpulan lelaki kencing dari atas flyover

Posted on Tuesday, May 28, 2019 | 5/28/2019


MUNGKIN sudah menjadi satu trend orang awam melakukan perkara-perkara bodoh semata-mata untuk mendapatkan perhatian di media sosial.

Terbaru, viral satu video yang memaparkan sekumpulan lelaki India membuang air kecil dari atas jejambat sehingga terkena pada kenderaan yang lalu dibawahnya.

Kejadian itu dipercayai berlaku berhampiran terowong Smart, malam tadi.

Video berdurasi 15 saat itu telah dirakam oleh salah seorang daripada kumpulan lelaki itu yang dilihat bergembira dengan perbuatan tidak bermoral mereka.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut mengecam tindakan itu sehingga ada yang meninggalkan komen berunsur rasis terhadap mereka.



Sumber: kulihatlangitbiru.com
Blog, Updated at: 5/28/2019

0 comments:

Loading...