Pasukan Liverpool Pastikan Kejuaraan Milik Mereka

Posted on Sunday, June 02, 2019 | 6/02/2019



Pasukan Liverpool akhirnya berjaya mendiamkan 'haters' mereka apabila memastikan kemenangan di pentas final Liga Juara-Juara dengan menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 awal pagi tadi.

Untuk pengetahuan korang, kemenangan Liverpool ini merupakan trofi buat kali keenam mereka dan Mohamed Salah telah meledak gol terpantas seawal minit ke-2 apabila diberikan sepakan penalti apabila bola terkena tangan pemain Hotspur.

Alisson Becker turut melakukan beberapa aksi menyelamat hebat sebelum pemain gantian, Origi menyumbat gol kedua pada minit ke-87.

Kejayaan yang mengulangi pencapaian hebat pada 2005 turut mengubati duka Reds yang terlepas trofi Liga Perdana kepada Manchester City sekali pun mengutip keseluruhan 97 mata musim ini.


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/02/2019

0 comments:

Loading...