PlayStation Plus Telah Mengumumkan Permainan Percuma Untuk Bulan Julai 2019



Pada setiap bulan Playstation Asia akan mengumumkan permainan percuma buat pengguna dan korang boleh dapatkannya di Playstation Plus. Menariknya, permainan percuma untuk bulan Julai ini ialah Pro Evolution Soccer (PES) 2019.

Permainan Pro Evolution Soccer (PES) 2019 ini boleh dimuat turun secara percuma bermula pada 3 julai sehingga 6 ogos 2019. Untuk pengetahuan korang, PES 2019 merupakan permainan bola sepak yang diterbitkan oleh Konami sejak zaman dari Playstation 2 lagi. PES 2019 telah dilancarkan di platform PlayStation 4, PC dan Xbox One pada bulan ogos tahun lepas.






Selain itu, permainan lain yang percuma pada bulan Julai ini ialah Aegis Defenders. Aegis Defenders merupakan permainan dalam versi 2D di mana pemain perlu menjelajah, membina dan
mempertahankan Tower mereka. Pemain juga harus mencari cara untuk menyelamatkan tempat mereka dari dimusnahkan. So korang jangan lupa untuk mendapatkan kedua-dua permainan ini secara percuma pada 3 Julai sehingga 6 Ogos 2019.



Oh! Makan





Sumber: Oh! Media