Akibat Dituduh Menggunakan Ganja, Pelakon KL Gangster Di Jel Setahun


Nampak sangat kalau korang tak layan filem melayu lebih-lebih lagi filem berunsur gangster kalau kalau korang tak kenal tagline "Kasi Sengat!". Tagline tersebut cukup sinonim dengan filem KL Gangster yang dipopularkan oleh Sofie Jikan.

Hari ini pelakon berkenaan berdepan pertuduhan menggunakan ganja tahun lalu oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Ini kerana pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dilakukan.

Sofi Jikan atau nama sebenarnya Muhammad Shoffi Bin Jikan didapati bersalah dan akan dikenakan hukuman penjara selama 12 bulan. Bagaimanapun pihak mahkamah membenarkan pelakon berkenaan untuk menangguhkan hukuman berkenaan dimana hukuman tersebut sepatutnya bermula hari ini.


Sumber : Metro Online
Sumber: Oh! Media